Thursday, 24 October 2013

Perincian Seindah Mawar Berduri




Merupakan program yang berbentuk bengkel dan kempen yang mengetengahkan konsep Islam kontemporari dalam berhias khususnya bagi golongan wanita. Program ini dirancang untuk diadakan di DSG, Kolej Tun Syed Nasir pada Program ini dirancang untuk diadakan di DSG, Kolej Tun Syed Nasir pada 16 November 2013 jam 8.00 am sehingga 12.30 pm.. Kumpulan  sasaran program  ini adalah warga  Kolej Tun Syed Nasir dan terbuka kepada orang ramai.
Tujuan program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan cara berhias yang seiring dengan arus perfesyenan dunia tanpa mengabaikan  syariat Islam. Selain  itu, program ini bakal menyediakan  maklumat dan informasi mengenai produk kosmetik yang halal, pakaian  muslimah serta sumber untuk  mendapatkannya. Salah satu objektif lain yang bakal diketengahkan ialah cara untuk melindungi diri dari bahaya melalui pemakaian harian. Sehubungan itu, pameran keselamatan dan tayangan video turut diadakan. Seterusnya, keistimewaan serta keindahan dalam menjaga aurat juga bakal dikupas lebih lanjut semasa program berlangsung.  
Acara kemuncak program ini ialah tutorial pemakaian hijab mengikut syariat islam dimana wakil dari syarikat Tudung Nur akan menunjukkan cara pemakaian tudung serta diikuti oleh peserta.Program ini menggunakan tagline “Aurah Before Fashion”.

 JADUAL PERJALANAN MAJLIS 

Masa
Aturcara
8.00 am
Berkumpul dan pendaftaran peserta
8.30 am
Ketibaan penceramah
8.35 am
Ucapan  aluan  pengerusi majlis dan doa
8.45 am
Ceramah : ”Seindah Mawar Berduri 
10.45 am
Rehat
11.15 am
Tutorial tudung oleh ”Tudung Nur
12.15 pm
Penyampaian cenderamata kepada penceramah dan jemputan
12.30pm
Majlis bersurai



Manakala kesinambungan daripada bengkel ‘Seindah Mawar Berduri’, satu kempen ‘Mawar Berduri’ bakal diadakan yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para mahasiswa dan mahasiswi tentang ketinggian darjat seorang wanita dalam islam. Kempen ini akan berlangsung pada 8 November 2013 sehingga 14 Disember 2013.Dalam masa yang sama, pertandingan video yang bertemakan “Mawar Berduri” juga akan diadakan. Pertandingan ini terbuka kepada kaum lelaki dan wanita. Sepanjang tempoh berkempen ini juga, ahli organisasi bakal terlibat secara langsung dalam jualan tudung dari syarikat Tudung Nur serta kerongsang  sebagai  langkah melatih dan mendidik semangat keusahawanan dalam diri setiap individu.




2 comments:

  1. Bgmn nk register? Kata bole register scara on9 d blog ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh daftar cuma click borang pendaftaran di tepi blok...nanti bila nama dah didaftar kami akan e-mail atau sms

      Delete