Thursday, 24 October 2013
Di sebalik mutiara kata ini...
Sekadar perkongsian mengapa kata - kata indah ini dipilih menjadi timeline organisasi...Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia,kita masih mencari arah kehidupan kita...dan setiap hari kita berusaha menuju ke arah kebaikan tidak kiralah kebaikan itu bermula dari segi perubahan akhlak,penambahan ilmu,pembaikan ibadat,pemantapan aqidah mahupun pengeratan ukhwah.Namun begitu ramai yang masih gagal mencapai perubahan dalam kegembiran.Kebanyakkan kita lebih suka memilih untuk menolak perubahan sekiranya ia tidak mendatangkan kegembiran apatah lagi kebaikan kepada diri kita.
Oleh sebab itu,kata-kata ini dijadikan perkongsian bahawa kita mampu mencapai kegembiraan sekiranya kita melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh.Kitalah yang akan menjadikan perubahan itu berlaku pada diri kita dan kita turut merasa kegembiraan semasa melakukan perubahan.Bagaimana wujudnya kegembiran semasa melakuka perubahan ialah kita percaya pada diri sendiri bahawa kita mampu melakukan perubahan.Perubahan itu tidak perlulah terlalu drastik tetapi cukup hanya sedikit tetapi berterusan.Yang paling penting sikap jangan wujud perasaan putus asa.
Bila kita gembira dan percaya bahawa perubahan itu terbaik untuk kita.Kita lebih mudah membina keyakinan pada orang lain melakukan perubahan...Mungkin mudah untuk menulis soal melakukan perubahan tetapi sebenarnya perubahan itu terletak pada diri kita sendiri.Kita percaya kita mampu,jika bukan hari ini,bila lagi waktu yang sesuai.Ayuh...sama - sama kita berubah kepada yang lebih baik...
Sekian,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment