Saturday, 26 October 2013

Perincian Romantika Ulat Buku




Merupakan sebuah forum yang bakal membincangkan tentang kepentingan sebuah perkahwinan dalam Islam dari sudut pandang seorang pelajar. Forum ini akan berlangsung pada 16 November 2013 (Sabtu) pada jam 8.00 pm hingga 11.15 pm di DSG, KTSN. Kumpulan sasaran bagi forum ini ialah pelajar Kolej Tun Syed Nasir serta orang awam. Objektif  forum ini ialah sebagai pembuka mata kepada pelajar KTSN dan masyarakat tentang kepentingan sebuah perkahwinan dalam kehidupan manusia. 

Antara objektif  lain yang bakal ditekankan ialah kriteria serta persediaan seseorang individu itu dalam melangkah ke alam perkahwinan, penjelasan yang lebih mendalam mengenai mengapa Islam  menggalakkan perkahwinan dan masih sesuaikah perkara tersebut pada zaman moden ini, bagaimana seorang wanita itu mampu menjadi anak, sahabat, pelajar, isteri dan hamba Allah SWT yang mantap dari  segi aqidah, akhlak, pengurusan masa di dunia serta akhirat melalui contoh sirah perkahwinan di zaman Rasulullah. Sepanjang forum ini berlangsung, tabung derma untuk Rumah Solehah yang menempatkan anak-anak HIV/AIDS juga bakal dilancarkan bertujuan membantu Rumah Solehah dalam  meringankan beban mereka terutama perihal kewangan. Ia bertujuan untuk mendidik budaya suka menderma dalam kalangan masyarakat serta warga KTSN.


Jadual Perjalanan Program


Masa
Aturcara
8.00 pm    
Berkumpul dan pendaftaran
8.15 pm
Ketibaan ahli panel Jemputan
8.20 pm
Ucapan aluan pengerusi majlis dan doa
8.30 pm
Forum ”Romantika Ulat Buku”
11.00 pm
Persembahan nasyid sebagai penutup
11.15 pm
Tamat dan bersurai

Mari sertai kami...







Thursday, 24 October 2013

Di sebalik mutiara kata ini...


Sekadar perkongsian mengapa kata - kata indah ini dipilih menjadi timeline organisasi...Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia,kita masih mencari arah kehidupan kita...dan setiap hari kita berusaha menuju ke arah kebaikan tidak kiralah kebaikan itu bermula dari segi perubahan akhlak,penambahan ilmu,pembaikan ibadat,pemantapan aqidah mahupun pengeratan ukhwah.Namun begitu ramai yang masih gagal mencapai perubahan dalam kegembiran.Kebanyakkan kita lebih suka memilih untuk menolak perubahan sekiranya ia tidak mendatangkan kegembiran apatah lagi kebaikan kepada diri kita.

Oleh sebab itu,kata-kata ini dijadikan perkongsian bahawa kita mampu mencapai kegembiraan sekiranya kita melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh.Kitalah yang akan menjadikan perubahan itu berlaku pada diri kita dan kita turut merasa kegembiraan semasa melakukan perubahan.Bagaimana wujudnya kegembiran semasa melakuka perubahan ialah kita percaya pada diri sendiri bahawa kita mampu melakukan perubahan.Perubahan itu tidak perlulah terlalu drastik tetapi cukup hanya sedikit tetapi berterusan.Yang paling penting sikap jangan wujud perasaan putus asa.

Bila kita gembira dan percaya bahawa perubahan itu terbaik untuk kita.Kita lebih mudah membina keyakinan pada orang lain melakukan perubahan...Mungkin mudah untuk menulis soal melakukan perubahan tetapi sebenarnya perubahan itu terletak pada diri kita sendiri.Kita percaya kita mampu,jika bukan hari ini,bila lagi waktu yang sesuai.Ayuh...sama - sama kita berubah kepada yang lebih baik...

Sekian,



Perincian Seindah Mawar Berduri




Merupakan program yang berbentuk bengkel dan kempen yang mengetengahkan konsep Islam kontemporari dalam berhias khususnya bagi golongan wanita. Program ini dirancang untuk diadakan di DSG, Kolej Tun Syed Nasir pada Program ini dirancang untuk diadakan di DSG, Kolej Tun Syed Nasir pada 16 November 2013 jam 8.00 am sehingga 12.30 pm.. Kumpulan  sasaran program  ini adalah warga  Kolej Tun Syed Nasir dan terbuka kepada orang ramai.
Tujuan program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan cara berhias yang seiring dengan arus perfesyenan dunia tanpa mengabaikan  syariat Islam. Selain  itu, program ini bakal menyediakan  maklumat dan informasi mengenai produk kosmetik yang halal, pakaian  muslimah serta sumber untuk  mendapatkannya. Salah satu objektif lain yang bakal diketengahkan ialah cara untuk melindungi diri dari bahaya melalui pemakaian harian. Sehubungan itu, pameran keselamatan dan tayangan video turut diadakan. Seterusnya, keistimewaan serta keindahan dalam menjaga aurat juga bakal dikupas lebih lanjut semasa program berlangsung.  
Acara kemuncak program ini ialah tutorial pemakaian hijab mengikut syariat islam dimana wakil dari syarikat Tudung Nur akan menunjukkan cara pemakaian tudung serta diikuti oleh peserta.Program ini menggunakan tagline “Aurah Before Fashion”.

 JADUAL PERJALANAN MAJLIS 

Masa
Aturcara
8.00 am
Berkumpul dan pendaftaran peserta
8.30 am
Ketibaan penceramah
8.35 am
Ucapan  aluan  pengerusi majlis dan doa
8.45 am
Ceramah : ”Seindah Mawar Berduri 
10.45 am
Rehat
11.15 am
Tutorial tudung oleh ”Tudung Nur
12.15 pm
Penyampaian cenderamata kepada penceramah dan jemputan
12.30pm
Majlis bersurai



Manakala kesinambungan daripada bengkel ‘Seindah Mawar Berduri’, satu kempen ‘Mawar Berduri’ bakal diadakan yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para mahasiswa dan mahasiswi tentang ketinggian darjat seorang wanita dalam islam. Kempen ini akan berlangsung pada 8 November 2013 sehingga 14 Disember 2013.Dalam masa yang sama, pertandingan video yang bertemakan “Mawar Berduri” juga akan diadakan. Pertandingan ini terbuka kepada kaum lelaki dan wanita. Sepanjang tempoh berkempen ini juga, ahli organisasi bakal terlibat secara langsung dalam jualan tudung dari syarikat Tudung Nur serta kerongsang  sebagai  langkah melatih dan mendidik semangat keusahawanan dalam diri setiap individu.




ORGANISASI SEINDAH MAWAR BERDURI DAN ROMANTIKA ULAT BUKU



Jawatan
Nama
Fakulti
No. Matrik
Pengarah
Siti Noorhajar Mohamed Saufi 
0134660907
FPER/2
A 139779
Timbalan Pengarah
Nurul Aqilah Kamaluzaman
017-6399089
FPER/2
A 139953
Setiausaha
Nur Aliya Huzaidy
0196455075
FPER/2

A139362
Timbalan Setiausaha
Fadlin Sakina Mohd Nasru
0132313472
FPER/2
A139370
Bendahari
Nor Athifa Md Ali
0145054897
FSK/3
A136604
Exco Program & Perhubungan 
Fatin Liyana Shahabudin
0195198634
FPER/2
A139951
Nazihah Chaini
0137116409
FFAR/2
A139758
Exco protokol
Fatin Amalina Muhammad Ridza
013-3762870
FSK/2
A 142644
Exco Pemasaran
Nor Amiera Afieqa Mohd Ithnin
0139101216
FSK/2

A140453
Fatin Ridzuana Abdul Rahmam
0174510668
FSK/2

A 140466
Exco Publisiti & Multimedia 

Nur Izzah Sahira Mohd Arpi

0136610717
FFAR/2
A 139570
Nor Ida Elynna Abd Rahman
0179822470
FSK/2
A140416
Exco Jamuan
Nabila ZahiraAbdul Aziz
0192895144
FPER/2
A139567
Rabiyatul Adawiyah Ismail
0195478644
FSK/2
A140741
Exco TTK & Cenderamata
Nasuha Ainor
0134725161
FFAR/2
A140205
Aimi Abd Rahim
0133602810
FFAR/2
A 139751
Exco Teknikal
Muhammad Amir Farees Idris
0128372537
FPER/2
A139418
Azrol Hashim
01119442820
FPER/2
A139733




Saturday, 19 October 2013

SEINDAH MAWAR BERDURI DAN ROMANTIKA ULAT BUKU






v  


  






      


      Tarikh : 16 november 2013
            Tempat : Dewan serbaguna , Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia ,                           Kuala Lumpur
            Masa :  
                       Seindah Mawar Berduri : 8.00 a.m – 12.30 p.m
                       Romantika Ulat Buku     : 8.00 p.m - 11.15 p.m